Saturday, 27 May 2017

My first experience!

Gila lama tak menulis gedik gedik kat sini. Alhamdulillah now everything went well. Feel blessed. Yeahh thank you Allah for giving me a great life.

Actually, nak cerita pasal abah sakit hari tu. Siap kena warded lagi. Hurm thats a bit tiba2 sebab abah just demam jer masa tu. So, ingatkan demam biasalah until that night when abah batuk non stop. Since tu la aku dah start risau sebab teruk sangat batuk abah sampai aku pon tak boleh nak tidur. 

Keadaan jadi lagi teruk when the next morning mak nampak abah tercungap nak bernafas. Abah mengadu susah nak bernafas. So, mak ajaklah abah pergi klinik dan aku pun ikut sama temankan diorang.

Kitorang pergi klinik fav kitorang sebab biasa kalau pergi klinik tu memang ubat-ubat dia bagus cepat elok tapi azablahhhh nak menunggu turn. Ramai gilaaaa. Abah berdegil nak tunggu sampailah pokcu aku datang and terus bising kat kaunter cakap yg abah dah cungap2, takkan nak tunggu dia terbaring baru dapat jumpa doc.

Disebabkan hero kita dah bersuara, so dapatlah abah potong Q jumpa doc. Masa tu la doc dapat detect cakap yg dalam paru-paru abah dah terkena jangkitan kuman. Ehhhh serius aaaaa terkejut aku. Ingat sakit biasa biasa jer. Doc cakap yang dia tak cukup peralatan nak rawat abah, dia nasihatkan abah terus pergi hospital. Masa doc cakap camtu aku dah terdiam dah. Ehhh benci aku nak pergi hospital. I hate the environment. 

Tiba kat hospital abah terus kena masuk bilik zon kuning. Doc bagi abah oxygen untuk bantu abah bernafas. Lama jugak kitorang tunggu kat luar bilik tu. Then, after that doc bagitau abah kena warded sebab doc nak pantau keadaan abah.

I don't know why. Out of nowhere, aku jadi sebak. Ni first time kot abah masuk hospital, so perasaan tu macam sebak camanetah. Maybe sebab aku over risau. Aku lari sekejap dari diorang pastu aku termenangis sensorang. Eeeee cengeng betul kau ni Nini. Tapi kantoi gak dengan adik perempuan and adik lelaki aku. Diorang perasan aku menangis pastu diorang tanya dah kenapaaaa. Hahahaha. Over aaa kau Nini.

Okay dah. Malam tu mak decide nak jaga abah. So aku adik beradik balik tidur kat rumah without our parents. Hurm sedih lagiiii. Sebelum tidur pun aku nangis sebabak melayan sedih. Hahahaha. Lagi sedih bila esoknya tu birthday aku. Celebrate laa birthday aku kat hospital gamaknyaaa. Siap buat surprise lagi tau. Walaupun abah dah kantoikan surprise diorang tu kat aku, aku tetap buat2 terkejut dengan surprise tu. Hahahaha. My great birthday memories ever. 

Lagi great sebab aku start kawan dengan someone on my birthday date. Yeah my new friend and hopefully he would be my foreva 'friend'. Ehhhh lari topik eaaaa? Hahahaha. Okay sambung kisah abah. So, the day after my birthday, doc cakap abah dah boleh keluar hospital. Yayyyy alhamdulillah. Tapi abah kena taubat la. Tak boleh smoking dah. Doc cakap tu punca jangkitan kuman kat paru-paru abah tu.

Haihh puaslah hari-hari nak kena ingatkan abah and support abah taknak bagi merokok lagi. InshaAllah, hopefully lepas ni abah sihat2 saja. Ya Allah kau beri kesihatan pada kedua ibu bapaku. They are really important person in my life. I can't imagine my life without them. Amin amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment