Wednesday 2 April 2014

Akak sayang nenek.

13 Februari 2014. Mak call aku suruh jemput mak kat tempat kerja. Suara mak okay macam takde pape. Then, masa aku picked up mak kat tempat kerja tu mak cakap 'akak tau tak nenek dah meninggal?'. Elok-elok aku tengah drive terus aku brake emergency. Ya Allah nasib baik takde kereta belakang aku masa tu,. Terkejut. Serius terkejut. Aku terdiam tak percaya. Yang mak pulak dah menangis meraung sebelah aku. But my feeling on that time kosong. Still tak percaya. 

Sampai je rumah baru aku rasa nak menangis. Aku terbayang muka arwah nenek. Aku duduk dalam bilik diam diam and aku terbayang moment dengan arwah nenek. Ya ALLAH dia dah takde??? Sedih. Sedih sangat. Rasa menyesal tak ikut arwah nenek balik kampung jaga dia. Menyesal. Serius.

Actually ni first time aku kehilangan someone yg aku sayang. So sedih tu lain macam camanetah. Aku yg kena drive balik kampung masa tu. Mak memang dah lemah gila. Menangis sepanjang jalan. Aku pulak nak menangis serba salah. Kang tak nampak jalan. Terpaksa la aku tahan sebak tu. Sakit wey. Serius sakit. Mak kat sebelah menangis dah macam ape. Yg aku control cool.

Tiba kat kampung jenazah arwah nenek tak sampai lagi sebab dia meninggal kat rumah anak yg paling manja dengan dia. Makteh aku. Hurm tau tau jer dah nak pergi kan. :(  Makin sebak bila tengok maklang aku dah teresak kat dalam rumah sambil tunggu jenazah. 

Arwah nenek meninggal sebab penyakit strok. Strok arwah makin teruk a few week before that. Sempat jugak la family aku hantar arwah pergi hospital Muar sebelum tu. Dan sempat jugak la aku stay a night jaga arwah nenek kat hospital. It was the last time I took care for her. Itu pun arwah nenek marah semua anak dia sebab hantar ke hospital. Dia just nak duduk rumah anak-anak dia jer. Yup, arwah nenek sempat pergi semua rumah anak-anak dia sebelum meninggal. :'(  

The moment bila jenazah arwah nenek tiba kat kampung. Ya ALLAH aku serius rasa nak terduduk. Tak sanggup nak tengok tubuh kaku tu. Tapi aku gagahkan jugak keluar rumah tengok jenazah. Lencun dah muka aku dengan air mata. Takde dah malu malu. Aku rasa nak pergi peluk jenazah arwah tapi aku tak sanggup. Aku just sanggup tengok dari jauh sambil menangis. Nenek.. Kalaulah nenek boleh nyahut.... 

Aku cucu sulung. Aku rapat dengan arwah nenek. Dia sangat sayangkan cucu-cucu dia. Ade jer hadiah untuk kami kalau kami balik kampung. Sanggup masakkan pape yg cucu dia mintak. Aku pernah mintak kat arwah kek oren and on the spot dia suruh atuk belikan buah oren untuk dia buatkan aku kek oren tu. Kek oren arwah nenek sedap. Tu la last aku makan kek oren arwah sebab dia asyik sakit lepas tu.

Alhamdulillah Allah bagi aku peluang dapat tengok daripada mula sampai akhir jenazah dikebumikan. Masa jenazah sampai kat rumah, orang kampung mandikan jenazah. Next, kafankan. Alhamdulillah anak anak arwah nenek dapat sempurnakan hajat arwah nenek utk pakai telekung yg mak aku belikan untuk hari jadi arwah nenek sebelum tu. Lepas kafan arwah diletakkan di hall rumah untuk kami tatap yg ke akhir kali. Menangis lagiiii. Perasaan masa last aku cium dahi arwah nenek. Ya Allah. Itu last. Last wey. Perasaan sedih tu camanetahhh. 

Next, anak anak lelaki dan orang kampung sembahyang jenazah untuk arwah nenek. Lepas maghrib masa tu. Done sembahyang, aku ikut pergi kubur. Nak kebumikan arwah. Aku tak nak missed apa-apa moment masa ni. Semua aku ikut. 

Lagi sekali, bila tok imam bacakan talkin utk arwah. Insafnya aku. Penuh keinsafan aku menangis. Terfikir diri sendiri nanti. Sedia dah ke Nini? Cukup dah iman? Allah. Takutnya aku. And that time aku teringat pasal selepas 7 langkah orang yg last daripada kubur tu, arwah akan ditanyakan soalan dan menerima azab. Aku terus jadi takut nak melangkah. Aku pandang adik aku, Yanti. Dia pon pandang aku macam paham apa yg aku fikir. But at that time pokcu aku yg paling lambat melangkah. Dia berdiri diam kat sebelah kubur arwah nenek. Yanti pergi kat pokcu. Pujuk. Terus pokcu menangis teresak. Hurm sedih aku tengok. Perasaan kehilangan ibu tersayang. Ya ALLAH aku seperti tiada kekuatan utk menghadap yg itu.

Panjang lebar aku taip. Sebenarnya ni untuk aku baca semula bila rindu nanti. Aku tak nak lupa moment moment masa ni. Aku paling kesiankan atuk aku. Dia dah terbiasa dua orang je dengan arwah nenek. Lagi lagi masa arwah strok atuk yg jaga setengah mati. Ya ALLAH kau berilah aku jodoh seperti itu. Yg sanggup jaga aku sakit ketika tua nanti. Amin.

Malam lepas kebumi, atuk banyak termenung. Bila anak tegur, dia akan ceritakan saat-saat akhir arwah nak pergi. And macam macam pasal arwah dia cerita. Yup aku tau atuk rindu. Kehilangan orang yg dia sayang selama 43 tahun. Tu belum masuk zaman bercinta lagi. Beratnya dia nak pikul. Semoga atuk tabah. Amin.

Aku snap masa kitorang try nak happy kan atuk bawak atuk jalan-jalan but it still the same. Dia teringat pergi tempat ni masa dengan arwah nenek dulu. Duduk kat hujung tu menangis. Cucu mana tak sebak tengok. :'(

AL-FATIHAH. Semoga roh nenek tenang di sana. Amin.
AKAK SAYANG NENEK. :'(



No comments:

Post a Comment