Saturday, 18 October 2014

Sayonara.

Hee haii. Hurm aku baru jer dapat offer kerja kat Kulai. InshaAllah lepas Deepavali ni start. So babaiiii tempat kerja lama. Jodoh kita tak panjang. Hurmm, sedih jugak sebenarnya. Dah selesa dah kat situ. Baru nak rapat dengan staff situ  tetibe dapat rezeki lain pulak. Hurm takpe. Hijrah untuk yg lebih baik.. InshaAllah.

Tapi... Cuak gak sebenarnya nak pindah kerja Kulai tu. Yela belum tau environment camne. Nak kena biasakan diri kat tempat baru. InshaAllah aku try adapt kan diri dengan environment baru kat sana. Doakan! Hehehe.

So now, I want to focus only on my career. Cehhh career uolss. Hahaha. Yelaa. This is for my future. Nak harapkan benda lain macam susah jer. Daripada dulu asyik failed. Berserah jela pada Allah. Biar Dia yang tentukan. Give up? Yup sikit.. But sokey. Just follow the flow. Agak2 dah betul give up nanti aku amek anak angkat jer. Eh? Aku cite pasal apa niiiii? Hahaha. Ignore it. Bye. As salam...


Saturday, 27 September 2014

Kerja oh kerja..

Haiiiii. Heee. Okay now life aku dah tak macam dulu. Yela dulu yang selalu bangun tengah hari pastu tengok tv jerrr. Hahaha. Aku dah bekerjaya sekarang. Cehhhhh pirahh.

Nop. Actually aku baru start kerja sementara kat Muar ni. Yer sementara yer untuk cari pengalaman. Maklum la fresh graduate macam aku ni mana la ada company besar2 mau terima. Semuanya nak yang at least 2 years experiences. Hurm memang tak laaa gitu.

So, with positive mind aku redha bekerja dengan company kecil untuk mencedok pengalaman how to handle the business. Company tempat aku kerja ni Advertising Company. Ala yg jenis buat banner, signboard segala tu. Tapi dalam masa yg sama company ni amek tempahan t-shirts and uniforms. Ala-ala kilang jugak la style company ni..

Surprising me owner company ni also ex student UiTM Shah Alam. Sama course pulak tuuuuu. In fashion jugak. Hurm memang geng laa. Dia bagi aku bahagian Designing and Pattern Making. Honestly selama sebulan aku kerja sini aku happy. Aku selesa dengan environment sini and aku rasa happy dengan job aku. Maybe sebab dah memang bidang aku kot. So aku minat. I'ts not really hard for me. InshaAllah.

Here my workmates yg sentiasa happy. Bagus betul..

Girls yg still single. 4 of 7. 3 org lagi have been married.
Yup betul cakap org. Do whatever you love. Then, it will give u satisfaction and happiness. Aku nak belajar mula daripada bawah supaya bila aku berada di atas nanti aku faham perasaan org di bawah aku. InshaAllah.


Monday, 25 August 2014

UiTM Degree Fashion Show August 2014

Finallyyyy.... Tamatlah sudah Degree Fashion Show UiTM Shah Alam. Yay! Alhamdulillah..

Here the ticket...



Yeah kali ni buat kat De Palma Hotel Shah Alammmm peace yaw! Hehe. So takde la masalah member and family sesat nak datang sebab tempatnya senang jerrr nak cari. Alhamdulillah again.. parents aku datang show ni. Asalnya cancel kengkonon nak datang. Last minute bagitau nak datang pulekkk. Surprise sangattt. Penat jer kita membazir air mata ni menangis sedih tauu. Hihihi.

My cute parents. Hahaha. Lebiu mak abah. Thanks datang support akak.. :')

Here my bff! Yang paling support aku. Thanks nyawa. Really appreciate it.


Collection aku biasa biasa ajeee. Tak menang pon. Memang tak expect langsung pun nak menang. Show ni pun dah cukup bagi aku untuk diorang tengok hasil kerja aku. Bukan senang. Banyak dugaan nak habiskan final sem ni. Lagi sekali syukur..

Nieynee Norlina's Collection. Inspired by Malaysian Army. 

Almost 4 months aku hadap collection ni. Serius sesapa yang nak amek course Fashion ni silalah ready duit dan masa anda. Especially duit laaa. Pening wey kalau duit sangkut sangkut. Semua benda kena limit nak beli. End up buat jela mana yang mampu dan redha jela dengan resultnya. 


Me on stage!! Perasaan masa ni? Perasaan yang aku fefeeling dah menang dah walaupun hakikatnya tak menang. HAHA. I did it okay. We all already the winner actually. :')


29 designers.

Syukur ya Allah. Congratulations to all the winners. Gold Award, Ili. Silver Award, Nadd. Lastly, Bronze Award, Yana. 

Thanks a lot to my Lecturer of Fashion Design, En. Anas and also to all classmates sebab banyak tolong aku. Now, masa untuk aku cari kerja pulakkk. Baru seminggu duk rumah ni dah meroyan camanetah aku. Stok cerita Korea yang aku layan tiap malam dalam laptop pun dah habisss. Memang krik krik la pasni. Semoga Allah permudahkan aku cari kerja. InshaAllah.. 

*Hey awak.. Datanglah konvo kita nanti. Sentiasa tunggu

Wednesday, 20 August 2014

Soalnya.. HATI..

Petang tadi.. Aku tetiba rasa nak tanya mak..

Aku: Mak, akak ni memilih sangat ke nak 'kawan' dengan lelaki?

Mak: Bukan akak memilih. Hati akak tu masih ada kat orang lain.

Terusss buat muka blur blur pandang mak.


Setepek jawapan tu kat aku. Betul la kot apa yang aku fikir selama ni. Nape payah sangat aku nak suka kat someone. Nak kata diorang tak baik.. Hishh baikk. Bukan tak try nak suka. Try banyak kali dah tapi... kosong. Takde feeling love tu langsung. So how to continue that relationship? Menganiaya orang jer. So end up nya setiap hubungan tu diam macam tu jer. Bersalah? Sangatttt. Tapi nak buat camne... soalnya.. hati. Sokey aku percaya suatu hari nanti aku akan jumpa someone yang boleh buat denyutan jantung aku kembali tergendala. Ecehhh. Amin..

By the way, ingat nak update about Fashion Show aku tapi belum dapat gambar sepenuhnya lagi. Hurm tunggu jela sampai berjanggutttt. Hehehe

Tuesday, 22 July 2014

Degree... DONE!

Helu helu heluuu. Yay my studies in Degree almost done. Eh? Almost? Why?? Sebab ada satu benda lagi tak settle. My Degree Fashion Show. InshaAllah 18/8 ni.. Tapi details bout show belum confirm lagi. Seminggu sebelum nanti la I mention k? heee.

Dan... Bila dah habis study ni mula la kepala serabut duk fikir nak kerja apa pulak. Hurmm. Planning nak jadi kuli-kuli je dulu. For experiences. Tapi parents duk suruh apply kerja kerajaan pulekk. Layankan laa. Mana tau ada rezeki. InshaAllah.

And now, what i'm doing? Semestinyaaaa.. Duk rumah tolong mak pape yg patut. Bulan puasa ni mak dapat banyak order kuih raya. So tulun la mak sikit sikit nak menyiapkan kuih tu. I'm soooo excited nak raya!!! Hurm okay propa. Excited la. Tapi tak sangat pun. Bila fikir, takde dah 'orang jauh' nak datang raya rumah tahun ni... Maybe sebab dah 2 tahun berturut orang tu datang raya rumah. So, tahun ni aku tersedih sikit. Sikit jerrr. Relax bro relax...

Okay Nini. Take a breath. Releaseeee. Now, focus at yourself Nini. Love? Whateverrrr. Belakang cerita. Ada jodoh ada la. Give up nak fikir menda menda gitu. Buang masa. Wuuuu nampak tak betapa heart broken nya cik Nini kita. Hahaha. Okay dah. Kang makin mengarut aku tulis. Okay guys. Selamat Hari Rayaaaa. Dadadididudu. 

*notinmoodnakuploadgambarcollection.surpriseeee

Wednesday, 2 April 2014

Akak sayang nenek.

13 Februari 2014. Mak call aku suruh jemput mak kat tempat kerja. Suara mak okay macam takde pape. Then, masa aku picked up mak kat tempat kerja tu mak cakap 'akak tau tak nenek dah meninggal?'. Elok-elok aku tengah drive terus aku brake emergency. Ya Allah nasib baik takde kereta belakang aku masa tu,. Terkejut. Serius terkejut. Aku terdiam tak percaya. Yang mak pulak dah menangis meraung sebelah aku. But my feeling on that time kosong. Still tak percaya. 

Sampai je rumah baru aku rasa nak menangis. Aku terbayang muka arwah nenek. Aku duduk dalam bilik diam diam and aku terbayang moment dengan arwah nenek. Ya ALLAH dia dah takde??? Sedih. Sedih sangat. Rasa menyesal tak ikut arwah nenek balik kampung jaga dia. Menyesal. Serius.

Actually ni first time aku kehilangan someone yg aku sayang. So sedih tu lain macam camanetah. Aku yg kena drive balik kampung masa tu. Mak memang dah lemah gila. Menangis sepanjang jalan. Aku pulak nak menangis serba salah. Kang tak nampak jalan. Terpaksa la aku tahan sebak tu. Sakit wey. Serius sakit. Mak kat sebelah menangis dah macam ape. Yg aku control cool.

Tiba kat kampung jenazah arwah nenek tak sampai lagi sebab dia meninggal kat rumah anak yg paling manja dengan dia. Makteh aku. Hurm tau tau jer dah nak pergi kan. :(  Makin sebak bila tengok maklang aku dah teresak kat dalam rumah sambil tunggu jenazah. 

Arwah nenek meninggal sebab penyakit strok. Strok arwah makin teruk a few week before that. Sempat jugak la family aku hantar arwah pergi hospital Muar sebelum tu. Dan sempat jugak la aku stay a night jaga arwah nenek kat hospital. It was the last time I took care for her. Itu pun arwah nenek marah semua anak dia sebab hantar ke hospital. Dia just nak duduk rumah anak-anak dia jer. Yup, arwah nenek sempat pergi semua rumah anak-anak dia sebelum meninggal. :'(  

The moment bila jenazah arwah nenek tiba kat kampung. Ya ALLAH aku serius rasa nak terduduk. Tak sanggup nak tengok tubuh kaku tu. Tapi aku gagahkan jugak keluar rumah tengok jenazah. Lencun dah muka aku dengan air mata. Takde dah malu malu. Aku rasa nak pergi peluk jenazah arwah tapi aku tak sanggup. Aku just sanggup tengok dari jauh sambil menangis. Nenek.. Kalaulah nenek boleh nyahut.... 

Aku cucu sulung. Aku rapat dengan arwah nenek. Dia sangat sayangkan cucu-cucu dia. Ade jer hadiah untuk kami kalau kami balik kampung. Sanggup masakkan pape yg cucu dia mintak. Aku pernah mintak kat arwah kek oren and on the spot dia suruh atuk belikan buah oren untuk dia buatkan aku kek oren tu. Kek oren arwah nenek sedap. Tu la last aku makan kek oren arwah sebab dia asyik sakit lepas tu.

Alhamdulillah Allah bagi aku peluang dapat tengok daripada mula sampai akhir jenazah dikebumikan. Masa jenazah sampai kat rumah, orang kampung mandikan jenazah. Next, kafankan. Alhamdulillah anak anak arwah nenek dapat sempurnakan hajat arwah nenek utk pakai telekung yg mak aku belikan untuk hari jadi arwah nenek sebelum tu. Lepas kafan arwah diletakkan di hall rumah untuk kami tatap yg ke akhir kali. Menangis lagiiii. Perasaan masa last aku cium dahi arwah nenek. Ya Allah. Itu last. Last wey. Perasaan sedih tu camanetahhh. 

Next, anak anak lelaki dan orang kampung sembahyang jenazah untuk arwah nenek. Lepas maghrib masa tu. Done sembahyang, aku ikut pergi kubur. Nak kebumikan arwah. Aku tak nak missed apa-apa moment masa ni. Semua aku ikut. 

Lagi sekali, bila tok imam bacakan talkin utk arwah. Insafnya aku. Penuh keinsafan aku menangis. Terfikir diri sendiri nanti. Sedia dah ke Nini? Cukup dah iman? Allah. Takutnya aku. And that time aku teringat pasal selepas 7 langkah orang yg last daripada kubur tu, arwah akan ditanyakan soalan dan menerima azab. Aku terus jadi takut nak melangkah. Aku pandang adik aku, Yanti. Dia pon pandang aku macam paham apa yg aku fikir. But at that time pokcu aku yg paling lambat melangkah. Dia berdiri diam kat sebelah kubur arwah nenek. Yanti pergi kat pokcu. Pujuk. Terus pokcu menangis teresak. Hurm sedih aku tengok. Perasaan kehilangan ibu tersayang. Ya ALLAH aku seperti tiada kekuatan utk menghadap yg itu.

Panjang lebar aku taip. Sebenarnya ni untuk aku baca semula bila rindu nanti. Aku tak nak lupa moment moment masa ni. Aku paling kesiankan atuk aku. Dia dah terbiasa dua orang je dengan arwah nenek. Lagi lagi masa arwah strok atuk yg jaga setengah mati. Ya ALLAH kau berilah aku jodoh seperti itu. Yg sanggup jaga aku sakit ketika tua nanti. Amin.

Malam lepas kebumi, atuk banyak termenung. Bila anak tegur, dia akan ceritakan saat-saat akhir arwah nak pergi. And macam macam pasal arwah dia cerita. Yup aku tau atuk rindu. Kehilangan orang yg dia sayang selama 43 tahun. Tu belum masuk zaman bercinta lagi. Beratnya dia nak pikul. Semoga atuk tabah. Amin.

Aku snap masa kitorang try nak happy kan atuk bawak atuk jalan-jalan but it still the same. Dia teringat pergi tempat ni masa dengan arwah nenek dulu. Duduk kat hujung tu menangis. Cucu mana tak sebak tengok. :'(

AL-FATIHAH. Semoga roh nenek tenang di sana. Amin.
AKAK SAYANG NENEK. :'(



Sunday, 23 March 2014

Awak Belum Rasa.

Awak belum rasa perasaan bila kita betul-betul fall in love with someone.
Awak belum rasa perasaan bila kita dah sayang someone tapi dia tak clear perasaan pada kita.
Awak belum rasa perasaan bila tahu orang yg awak sayang, sayang pada orang lain.
Awak belum rasa bila orang yg awak sayang suruh awak tunggu dia dan awak tunggu.
Awak belum rasa nak setia hanya pada seorang.
Awak belum rasa bila first time awak dikecewakan tapi awak still maafkan.
Awak belum rasa bila hati tu susah sangat nak terima orang lain.
Awak belum rasa bila awak sanggup ignore orang lain yg sayang awak semata utk awak kekal dengan yg awak sayang.

Semua sebab awak belum rasa. Sebab kalau awak dah rasa awak takkan sanggup hancurkan hati dia banyak kali. Banyak. Yer banyak. Dua tiga kali dimaafkan. Tapi untuk kali ni hati dah tak larat. It's too hurts. Deeply hurts. Terima kasih untuk janji palsu. Terima kasih utk semua yg awak tipu. Terima kasih. Doakan saya bahagia. Tapi bukan dengan awak. Sebab hati ni dah tutup utk awak. Bye. As salam

Friday, 10 January 2014

Semester Break! End of semester 5.

Bonjour! Hehehe. Alhamdulillah sampai rumah family dahhhh. Semester break wey! Heavennnn. Perasaan yg sangat best setiap kali habis assesment. So, what my theme of design for this sem? Patriotisme! Dan aku pilih Malaysian Army as my inspiration.

Hurmm agak tough jugak la sem ni sebab kena buat 2 designs. Army style and Bridal Wear. So jadi kelam kabut camanetahhh. Lucky me dapat roommates yg sangat membantu dan memahamiiii. Bukan senang okay student course lain nak faham student course fashion ni. Dengan letak mesin jahit seketul dalam bilik yg sempit, bentang pattern sebesar alam dalam bilik, and potong kain pon dalam bilikkk. Hahaha. Am sorry girlsss. Keadaan memaksa. Cewahh. 

Tapi serius aku bersyukur for this sem. Walaupun banyak project nak kena setel, tak la seserabut macam last sem. The negative environment and people. Urghh. Sorry to say la kannn. Orait dah dah dahh. Forget it! Meh tunjuk sikit design kitaaa. ;D


Thanks mak abah yg tak putus-putus keluarkan duit and bagi supports utk siapkan both this. Nervous nak menghadap next sem. My final sem for this degree study.  4 pasang baju pulakkk. Semoga Allah permudahkan segalaNya. Aminnn. Wish me luck guys! Muah muahh. ;*