Saturday, 29 June 2013

Buang Masa

Yeahh. I wasting my time now. Duduk kat bilik ni sensorang. Duk layan Tonton. Catch up balik cerita-cerita yang tertinggal sepanjang ke'busy'an aku menyiapkan baju. Just now baru habis layan Sebenarnya Saya Isteri Dia. Bestttttttt. Suka tengok Izzue dalam cerita ni. Comelll. Hihihi. Sat lagi sambung layan Kisah Cinta pulak. Shaheizy Sam and Fazura. Serius aku suka betul tengok Fazura. Cantik bebeno. Mulalah berangan nak kurus macam dia, cantik macam dia.... Walaupun! Hahaha.

Ok sekarang tamatlah aku sebagai student part 4 in fashion. Dah boleh guling-guling bergumbira sementara tunggu masa nak praktikal 15hb ni. Alahaiii camne lah life aku nanti ekkk? Best ke idok? Hopefully best. Dannn. Sangat azab rasanya aku nak habiskan sem ni. Terlalu banyak dugaan. Ya Allah setahun lagi niii nak habiskan degree. Dugaan apa pulak lepas ni? Hurmm sokey. Nak tak nak aku kena hadap jugak. Separuh jalan dah pun. Rugilah kalau give up. Kannnn...

This sem, tema untuk design aku Wearable and Functional. So, aku pilih Hikers wear for my design. Then, baju tu boleh turn jadi sleeping bag. Oh bukan senang yer anak-anak. Amboih perasan mak-mak! Hehehe. First idea tu aku kena fikir camna nak design sebuah baju boleh bertukar menjadi sleeping bag yang besar dan panjang tu. And berkat pertolongan daripada lecturer aku En. Shahrir, alhamdulillah menjadi jugak akhirnya. Actually aku tak confident nak buat semua ni. Sempat ke aku? Mampu ke aku? Tapi aku try jugak sampai jadi. Mau tengok kebolehan aku tahap mana. Not bad laaa. Walaupun planning nya macam-macam untuk baju tu tapiiiiiiiiii hurmmm tak sempat. Bak kata lecturer aku tu, sebenarnya nak buat ni kena bagi masa at least 2 bulan. So, barulah boleh dapat gempak and perfect. Sokey.. saya budak baru belajar. ;) Meh nak tunjuk sikit video teaser aku untuk design ni. Ecececeh..

Psst pssttt. Jangan bagitau sesape. Video ni aku mintak tulun adik aku yang kiut miut buatkan. Aku just bagi bahan je. Oh thanks Yantiiii. Sangat bersyukur ada yang tolong ringankan beban. Hehehe. Coklat tahun depan ek. ;p

Dan tak tau nape assesment sem ni sangat best. Nebes la kejap masa mula-mula tu tapi bila start je aku tunjuk baju tu boleh turn jadi sleeping bag semua lecturer dok gelak-gelak kenakan si model aku yang kononnya takde perasaan katanya. Haha. Disuruhnya baring la, mengiring la. Kesian aku tengok model aku tu tapi aku hanya mampu gelak je masa tu. Hahaha. Dah tak boleh nak cover sangat. Sory yer adik Azmir. Kot... Hurmm tak sure sebenarnya nama dia apa. Walaupun junior sendiri kann. Hehehe. Ni haa ghopenyeee...

Alhamdulillah bersukur semuanya dah selesai. Macam biasalah muka sembap aku tak tidur siapkan baju punya pasal. Hee

Ok. Mau sambung layan cerita. Eh wey esok JDT vs Kelate weyyy. Sokong JDT ok!!! Hahaha. Sempattt. Ok babaaiiiiii. Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment