Saturday, 29 June 2013

Buang Masa

Yeahh. I wasting my time now. Duduk kat bilik ni sensorang. Duk layan Tonton. Catch up balik cerita-cerita yang tertinggal sepanjang ke'busy'an aku menyiapkan baju. Just now baru habis layan Sebenarnya Saya Isteri Dia. Bestttttttt. Suka tengok Izzue dalam cerita ni. Comelll. Hihihi. Sat lagi sambung layan Kisah Cinta pulak. Shaheizy Sam and Fazura. Serius aku suka betul tengok Fazura. Cantik bebeno. Mulalah berangan nak kurus macam dia, cantik macam dia.... Walaupun! Hahaha.

Ok sekarang tamatlah aku sebagai student part 4 in fashion. Dah boleh guling-guling bergumbira sementara tunggu masa nak praktikal 15hb ni. Alahaiii camne lah life aku nanti ekkk? Best ke idok? Hopefully best. Dannn. Sangat azab rasanya aku nak habiskan sem ni. Terlalu banyak dugaan. Ya Allah setahun lagi niii nak habiskan degree. Dugaan apa pulak lepas ni? Hurmm sokey. Nak tak nak aku kena hadap jugak. Separuh jalan dah pun. Rugilah kalau give up. Kannnn...

This sem, tema untuk design aku Wearable and Functional. So, aku pilih Hikers wear for my design. Then, baju tu boleh turn jadi sleeping bag. Oh bukan senang yer anak-anak. Amboih perasan mak-mak! Hehehe. First idea tu aku kena fikir camna nak design sebuah baju boleh bertukar menjadi sleeping bag yang besar dan panjang tu. And berkat pertolongan daripada lecturer aku En. Shahrir, alhamdulillah menjadi jugak akhirnya. Actually aku tak confident nak buat semua ni. Sempat ke aku? Mampu ke aku? Tapi aku try jugak sampai jadi. Mau tengok kebolehan aku tahap mana. Not bad laaa. Walaupun planning nya macam-macam untuk baju tu tapiiiiiiiiii hurmmm tak sempat. Bak kata lecturer aku tu, sebenarnya nak buat ni kena bagi masa at least 2 bulan. So, barulah boleh dapat gempak and perfect. Sokey.. saya budak baru belajar. ;) Meh nak tunjuk sikit video teaser aku untuk design ni. Ecececeh..

video
Psst pssttt. Jangan bagitau sesape. Video ni aku mintak tulun adik aku yang kiut miut buatkan. Aku just bagi bahan je. Oh thanks Yantiiii. Sangat bersyukur ada yang tolong ringankan beban. Hehehe. Coklat tahun depan ek. ;p

Dan tak tau nape assesment sem ni sangat best. Nebes la kejap masa mula-mula tu tapi bila start je aku tunjuk baju tu boleh turn jadi sleeping bag semua lecturer dok gelak-gelak kenakan si model aku yang kononnya takde perasaan katanya. Haha. Disuruhnya baring la, mengiring la. Kesian aku tengok model aku tu tapi aku hanya mampu gelak je masa tu. Hahaha. Dah tak boleh nak cover sangat. Sory yer adik Azmir. Kot... Hurmm tak sure sebenarnya nama dia apa. Walaupun junior sendiri kann. Hehehe. Ni haa ghopenyeee...

Alhamdulillah bersukur semuanya dah selesai. Macam biasalah muka sembap aku tak tidur siapkan baju punya pasal. Hee

Ok. Mau sambung layan cerita. Eh wey esok JDT vs Kelate weyyy. Sokong JDT ok!!! Hahaha. Sempattt. Ok babaaiiiiii. Assalamualaikum


Friday, 28 June 2013

Old bf. Miss you

Aku rindukan kawan aku. Yes dia. Dia yang lahir 23 Jun. Bila reminder phone aku bunyi on that date, sedihnya hatiiii. Nak wish tapi fikir jurang kitorang sekarang. Fikir perasaan marah, ralat, terkilan segala. Hurm takpelah. Maybe aku je yang pernah anggap dia bf aku dulu. Duk busy siapkan baju untuk assesment semalam boleh pulak terfikir dia sem lepas duk stay up dengan aku tolong aku. Aku rindu dia. Ahh sudah-sudah! Habis basah baju lap air mata. :)

Tak tau nape walaupun ramai dah buruk-burukkan dia kat aku until now pon, aku tetap percaya dia tak macam tu. Dalam hati, 'tak kan lahhh dia sampai hati tipu aku'. Kalau yer pun mesti ada sebab nape dia buat gitu.

Aku tau aku salah. Tapi aku tak sengaja. Serius tak sengaja. Susah ke nak maafkan? Sampai sanggup unfriend, unfollow. Allah je tau betapa sakitnya hati aku. Aku try lupakan, ignore segala tapi kenangan tu sentiasa ada kan. Nak potong mounting board, terfikir dia yang selalu pro tolong potongkan. Tengok kawan-kawan kelas dia, terbayang dia pun ada sekali gelak-gelak dengan diorang. Duk nak jawab paper 2 hari lepas terkilan dia dah takde nak jawab paper sama-sama. Pusing-pusing naik moto dengan adik, teringat jalan-jalan dengan dia dulu. Ya Allah terlampau banyak kenangan.

Ok sudahlah emo gini. Pape pun kita selalu doakan dia happy dengan life sekarang. Love you. Happy birthday

*teringat lagiii. Dia planned nak kenakan aku time birthday aku. Sad

Friday, 14 June 2013

Be Strong

Aku bangun pagi. Aku mengeluh. Aku rasa nak give up. Tapi... Perjalanan aku tinggal separuh je lagi. Rugi kalau aku give up macam tu je. Fikir mak abah. Fikir masa depan. Aku kena kuat habiskan perjalanan aku ni. Setahun lagi Nini! Nini boleh yaw! InshaaAllah. Orang yang tak rapat dengan aku nampak aku macam seorang yg kuat. Nampak ea? Pelik jugak aku. Kenyataannya lain. So sad.

*Lately ni aku tak habis-habis update mende emo-emo kan? Planning nak update pasal wedding paktam tapi nanti-nanti la bila masanya banyak terluang. Ni just take time jap. Mau sambung buat assignment balik. Busy wooo! Babaiii. Assalamualaikum. :)