Friday, 15 November 2013

Final Year Sudahhh

Hey hey heyy! Aduii terasa lama tak update nihh. Busy dan malas mau update sebabnya dah semakin banyak tempat yg aku boleh update. Haha. Instagram, WeChat, Facebook, bla bla blaa. Kat situ lagi senang maybe. Maap kita takde Twitterrrr. Sejak-sejak kejadian mimpi ngeri sem lepas, aku dah malas nak layan Twitter yg lebih banyak impact negatif daripada positifnya. 

Okay bebehh. Now aku dah sem 5! Aummmm. Tough okayyy. Biasa hujung-hujung sem baru aku terasa stressnya. Ni awal sem lagi aku dah start busy macam mana tahh. Tapi still boleh dikawal lagi sebab dapat roommates yg sempoii habis. Paham kerja aku macam mana. Alhamdulillah. 

Yup course aku ni memang sangat perlukan orang yg paham sebab kalau tak diorang akan complaint macam-macam, mengata belakang maybe. Mana tak nya bila aku start je buat kerja mulalah bersepah bilik dengan barang aku. Lagi-lagi kalau dah start menjahit. Pehhh bunyi mesin jahit memang sangat-sangat buat aku rasa serba salah dengan semua makhluk yg ada kat sekeliling aku. Bising wey. Mesin murah kannnn. Tapi mesin tu la yg banyak jasanya pada akuuuu. Lebiu muah muahh Okurma (Brand mesin) hehehe. Forever Alone sangatttt.

Dannn. Hehehe. Kenapalah ada lagi spesies lelaki yg jenis suka bagi harapan palsu nihh. Nak tunggu sampai habis study la bagai. Cukuplah sorang tu je yg dah buat janji palsu. Jangan tambah. Aku jadi menyampah. Bye

Saturday, 29 June 2013

Buang Masa

Yeahh. I wasting my time now. Duduk kat bilik ni sensorang. Duk layan Tonton. Catch up balik cerita-cerita yang tertinggal sepanjang ke'busy'an aku menyiapkan baju. Just now baru habis layan Sebenarnya Saya Isteri Dia. Bestttttttt. Suka tengok Izzue dalam cerita ni. Comelll. Hihihi. Sat lagi sambung layan Kisah Cinta pulak. Shaheizy Sam and Fazura. Serius aku suka betul tengok Fazura. Cantik bebeno. Mulalah berangan nak kurus macam dia, cantik macam dia.... Walaupun! Hahaha.

Ok sekarang tamatlah aku sebagai student part 4 in fashion. Dah boleh guling-guling bergumbira sementara tunggu masa nak praktikal 15hb ni. Alahaiii camne lah life aku nanti ekkk? Best ke idok? Hopefully best. Dannn. Sangat azab rasanya aku nak habiskan sem ni. Terlalu banyak dugaan. Ya Allah setahun lagi niii nak habiskan degree. Dugaan apa pulak lepas ni? Hurmm sokey. Nak tak nak aku kena hadap jugak. Separuh jalan dah pun. Rugilah kalau give up. Kannnn...

This sem, tema untuk design aku Wearable and Functional. So, aku pilih Hikers wear for my design. Then, baju tu boleh turn jadi sleeping bag. Oh bukan senang yer anak-anak. Amboih perasan mak-mak! Hehehe. First idea tu aku kena fikir camna nak design sebuah baju boleh bertukar menjadi sleeping bag yang besar dan panjang tu. And berkat pertolongan daripada lecturer aku En. Shahrir, alhamdulillah menjadi jugak akhirnya. Actually aku tak confident nak buat semua ni. Sempat ke aku? Mampu ke aku? Tapi aku try jugak sampai jadi. Mau tengok kebolehan aku tahap mana. Not bad laaa. Walaupun planning nya macam-macam untuk baju tu tapiiiiiiiiii hurmmm tak sempat. Bak kata lecturer aku tu, sebenarnya nak buat ni kena bagi masa at least 2 bulan. So, barulah boleh dapat gempak and perfect. Sokey.. saya budak baru belajar. ;) Meh nak tunjuk sikit video teaser aku untuk design ni. Ecececeh..

video
Psst pssttt. Jangan bagitau sesape. Video ni aku mintak tulun adik aku yang kiut miut buatkan. Aku just bagi bahan je. Oh thanks Yantiiii. Sangat bersyukur ada yang tolong ringankan beban. Hehehe. Coklat tahun depan ek. ;p

Dan tak tau nape assesment sem ni sangat best. Nebes la kejap masa mula-mula tu tapi bila start je aku tunjuk baju tu boleh turn jadi sleeping bag semua lecturer dok gelak-gelak kenakan si model aku yang kononnya takde perasaan katanya. Haha. Disuruhnya baring la, mengiring la. Kesian aku tengok model aku tu tapi aku hanya mampu gelak je masa tu. Hahaha. Dah tak boleh nak cover sangat. Sory yer adik Azmir. Kot... Hurmm tak sure sebenarnya nama dia apa. Walaupun junior sendiri kann. Hehehe. Ni haa ghopenyeee...

Alhamdulillah bersukur semuanya dah selesai. Macam biasalah muka sembap aku tak tidur siapkan baju punya pasal. Hee

Ok. Mau sambung layan cerita. Eh wey esok JDT vs Kelate weyyy. Sokong JDT ok!!! Hahaha. Sempattt. Ok babaaiiiiii. Assalamualaikum


Friday, 28 June 2013

Old bf. Miss you

Aku rindukan kawan aku. Yes dia. Dia yang lahir 23 Jun. Bila reminder phone aku bunyi on that date, sedihnya hatiiii. Nak wish tapi fikir jurang kitorang sekarang. Fikir perasaan marah, ralat, terkilan segala. Hurm takpelah. Maybe aku je yang pernah anggap dia bf aku dulu. Duk busy siapkan baju untuk assesment semalam boleh pulak terfikir dia sem lepas duk stay up dengan aku tolong aku. Aku rindu dia. Ahh sudah-sudah! Habis basah baju lap air mata. :)

Tak tau nape walaupun ramai dah buruk-burukkan dia kat aku until now pon, aku tetap percaya dia tak macam tu. Dalam hati, 'tak kan lahhh dia sampai hati tipu aku'. Kalau yer pun mesti ada sebab nape dia buat gitu.

Aku tau aku salah. Tapi aku tak sengaja. Serius tak sengaja. Susah ke nak maafkan? Sampai sanggup unfriend, unfollow. Allah je tau betapa sakitnya hati aku. Aku try lupakan, ignore segala tapi kenangan tu sentiasa ada kan. Nak potong mounting board, terfikir dia yang selalu pro tolong potongkan. Tengok kawan-kawan kelas dia, terbayang dia pun ada sekali gelak-gelak dengan diorang. Duk nak jawab paper 2 hari lepas terkilan dia dah takde nak jawab paper sama-sama. Pusing-pusing naik moto dengan adik, teringat jalan-jalan dengan dia dulu. Ya Allah terlampau banyak kenangan.

Ok sudahlah emo gini. Pape pun kita selalu doakan dia happy dengan life sekarang. Love you. Happy birthday

*teringat lagiii. Dia planned nak kenakan aku time birthday aku. Sad

Friday, 14 June 2013

Be Strong

Aku bangun pagi. Aku mengeluh. Aku rasa nak give up. Tapi... Perjalanan aku tinggal separuh je lagi. Rugi kalau aku give up macam tu je. Fikir mak abah. Fikir masa depan. Aku kena kuat habiskan perjalanan aku ni. Setahun lagi Nini! Nini boleh yaw! InshaaAllah. Orang yang tak rapat dengan aku nampak aku macam seorang yg kuat. Nampak ea? Pelik jugak aku. Kenyataannya lain. So sad.

*Lately ni aku tak habis-habis update mende emo-emo kan? Planning nak update pasal wedding paktam tapi nanti-nanti la bila masanya banyak terluang. Ni just take time jap. Mau sambung buat assignment balik. Busy wooo! Babaiii. Assalamualaikum. :)

Wednesday, 8 May 2013

Throwback to my Birthday!

Heee. Hai! Ni namanya kureng koje. Siap nak throwback bagai. Well, buat-buat takde kerja jap. Hehehe.. On 25th April 2013, genaplah umur aku yg ke 22! Besor dah anak pakcik Mat Nor nihh. Hehe. Dan akulah orang yang paling happy dapat sambut birthday kat rumah family. Nasib baiklah kena time cuti kan. Kalau aku kat rumah sewa confirm dah krikk krik krikkk. Alhamdulillah.. Segala bawah ketentuanNya. Syukur.. ;)

Biasanya setiap kali birthday salah sorang family aku, mak akan buatkan kek untuk kitorang! Hee. Special tau daripada air tangan mak sendiri. Tapi kesian kat mak lah sebab time birthday dia abah just belikan kek je. Tak sempat ler anak-anak dara dia nak buatkan. (Relevant kan alasan gitu? hehehe)

Tadaaa. Kek batik je. Janji sodappp. Sweet tak mak ite hiaskan gitu?. hehehe
And every year, makhluk yang wajib bagi aku hadiah adalah...... my love sis muah muah, Yanti! 

Thanks for this Terjemahan Al Quran. Dah lama nak and happy sangat bila dapat. Pink pulak tu!  Appreciate sangat! ;D

Pastukan pastukann.. my only bro pun kasik hadiah. Pelikss. Sweet betul mamat jambu nihh. Hehe. Kita dapat peplum blouse. I think I should put this picture. Setelah masuk gambar satu persatukan. Sengal tak bertahap betul ko ni Nini. Haha

Hihi lupa ada gambar collage ni. Yes that peplum! Sangat cumel.... Sebab aku yang pilih sendiri guna duit dia.. Pfftt..
A few days lepas balik cuti my bff pulak kasik hadiah. Thank you shimatul. Sangat surprised me. Beriya nak jumpa konon-konon dah lama tak jumpa. Rupanya nak bagi teddy cumel ni!

Weyy ang orang first bagi kita teddy. Ini seriusss. Haha. Sayang angat-angat teddy ni. ;D
Next presents daripada mak abah, my cute scooter pink. Auww. Thank you mak abah! Lebiu muah muahh laa. Alhamdulillah senang sikit hidup aku kat sini ada transport dah. Dan dan dannn. Thanks HH bagi kita hadiah jugak. Tak sempat snap but I really appreciate it and our new relationship. Terima kasih awak..
-26/04/2013-. Remember this date ok! Hahaha.

Thanks jugak yang wish birthday aku daripada 1st person to the last. Haha. Ada jugak manusia yang saja nak jadik orang last wish. Geram betul aku. Tapi pape pun. Terima kasih! Semoga doa korang yang baik-baik untuk aku termakbul. Aminn~ 

Meh bagi dengar lagu Taylor Swift tuju untuk aku. Hahaha perasannn






Thursday, 21 March 2013

Rindu korang

Tetiba aku terasa rindu gilak-gilakk kat korang....


Seriously rindu zaman diploma aku dulu, the best moment everrr. Masa tu la aku rasai kegagalan, kesedihan, kekecewaan. Dan aku belajar daripada semua tu. Kongsi sedih and happy sama-sama. Kitorang start daripada saling tak kenal satu sama lain, tapi mula semakin rapat bila kitorang duduk rumah sewa sama-sama. Selalu mengingatkan sesama sendiri. Ada perasaan tak puas hati kitorang bermusyawarah. Semua berkumpul and luahkan apa yang tak puas hati. Daripada situ kitorang makin kenal isi hati and perangai masing-masing. 

Bila stress ngadap esemen, kitorang stop and keluar hang out. Padahal just jalan-jalan kat mall je pun. Tu pun dah cukup puas. Bila cuti sem masing-masing meroyan. Webcam sama-sama pon jadikkk. Ya Allah rindunya! Kita bukak conference kat YM then main doodles and smiley kat situ. Boleh pulak tak give up tu walaupun line slow, try connect balik sampai boleh. Then akan keluar 1 ayat 'Wey mana muka ko? tak nampak pon'! Hahaha.. *sebak*

Hahaha booo kat Diba kena baling tepung. Birthday dia masa ni.  Satu-satunya kawan aku yang pandai lukis, pendengar yang baik, kental hati. Haha. Sekali je aku pernah tengok dia nangis. Tu pun bila kitorang semua dah sedu-sedu baru dia masuk line meraung sekali. Ingat masa otw kita berdua and nash pergi tc? Hehehe. Shima kena ingat! ;p

Usaha nak dajalkan aku tolak ke laut. Siot shima! Hahaha. Masa ni kitorang tak plan langsung pakai baju kotak-kotak. Shima sebokk! Dia teman gaduh aku, teman meroyan aku, nampak macam ganas minah ni. Tapi dalam hati ada taman okayyy.

Oh nash! Holohh. Hehehe. Ok mek kelate ni sorang yang sangat penyabar. Aku respect betul. Pemurah pun yer. Ada je benda dia nak belanja kalau lepak dengan dia ni. Emosi yang tak tentu. Tengah elok-elok gelak, kang tetiba dia menangis. Teringat masa kita karok lagu When You're Gone, Nash tetiba nangis. Hadoii sebak betul tengok. Lebiu nasah!


Lebiu muah muahhh korang! Entah bila kita dapat berkumpul balik...:'(



Dan aku sekarang kena terima hakikat, masa tu dah berlalu. Sekarang aku lalui dunia lain. Dunia degree yang banyak dugaan dan aku belajar terima segala ujian sorang-sorang. Dah takde kawan menangis sama-sama, gila sama-sama. Semua tu makin hilang, hilang dan hilang.... Maybe ni cabaran untuk mematangkan diri aku. Try sentiasa positif walau kadang-kadang sangat sakit. Tuhan je tahu ya Allah. Ahhh sudahlah. Cool la nini! Ada hikmah sebalik semua ni. Bersabarlah selagi mampu. Alhamdulillah Allah dekatkan aku dengan 'diari' aku, Yanti. Adik aku. Walaupun dia just boleh dengar je and bagi nasihat sikit-sikit. Thanks yanti. Thanks kat mak abah jugak yang selalu support aku. Akak sayang semua...

# Kadang terfikir, tak terfikir ke masa susah senang sama walaupun sekejap dulu? Tu yang sebenarnya buat aku sebak tiap kali fikir. Penat pujuk hati







Monday, 4 March 2013

New Semester

Bermulalah life baru aku as a student..... Sem ni masuk sem 4 dah and aku udah keluar dari kolej. Yiiiheee. Huh! Tak payah nak yihee sangat la nini oii. Entah camne la life aku kat rumah sewa ni. Yang memeningkan kepala aku bila duduk rumah sewa ni transport jela. Transport nak ke kelas. Haihh. Bukannya tak boleh naik bas tapi agak leceh sikit la kena bangun awal pagi tunggu bas sebabnya bas tu WAJIB tawaf 1 UiTM dulu kalau nak ke fakulti aku. Rasanya boleh tidur kejap kot dalam bas. Haha. Tetiba terbayang Winter Sonata, duduk sit belakang sekali then tertidur kat bahu si hero.




Auww. Hahaha. Tak payah nak verrangan sangatlah nini! Hehehe. 

Hurmm. Aku ada janji dengan someone nk update pasal dia kat sini. Someone yang bernama HH hantar WhatsApp cute gini kat aku......





Pandai-pandai la paham apa dia cakap. Aku tak paham. Lalala~  Aku pernah cakap kan 'If someone wants to be a part of your life, they'll make an effort to be in it'. So, tengok la effort nya tahap mana. Takut awal-awal je beriya. Sedehhh. Hahaha... Ok hope aku kuat untuk tempuh sem yang baru ni. Amin~... Assalamualaikum. ;)

Sunday, 3 February 2013

Semester Break Yaw!

Heluu heluu helluuuuuu.... Melepak kat umah dah aku sekarang. Mau koje pun cuti sebulan je. Sooo, memang balas dendam giler laa aku makan tido tido tido makaannn tido tido tido tido. Haaa nampak tak ke'overdose'an tidur kat situ. Hee. Ada lah plan nak buat baju sendiri nanti. Tapi NANTI. Mood tak datang lagi. Hehe. Esok dah sampai turn aku dengan adik mau jaga nenek. Kesian nenek strok. Sekarang turn makteh aku jaga. Maklumlah masing-masing pun ada hal sendiri kan. So gilir-gilirlah nak menjaga nenek. Nak harapkan atuk sorang memang tak laaa. Kesian kat atuk pulak. Hope dipermudahkanlah aku and adik nak jaga nenek nanti. Amin... Doakan nenek kita tau! Hee.. Thanks...;)

Cousins! Kes kanak-kanak tak dibenarkan masuk wad masa nenek aku masuk hospital.

Ok tukar tajuk. Sekarang kannn, makin ramai pulak yang aku tengok member baya-baya aku nak kahwin dah. Ee jellyyyy laaaa. Sokey la, jodoh diorang dah sampai ek. Jodoh aku je tak tahu bila nak sampai. Hihihi. Congrats la untuk mereka. Untuk aku? Banyak lagi aku kena improve. Study pun tak habis lagi oii. Yup tu bukan alasannya tapi bagi aku kewangan kenalah kukuh kan untuk preparation segala. Lainlah kau tu nak kahwin dengan anak datok uolss. Tu pun kalau-kalau diorang tu takkan tinggalkan korang satu hari nanti. Kalau tak terkontang-kanting ler hidup. Yup! Aku cakap based on experience cikgu aku. Pape pun perempuan ni kena prepare semua benda kalau dah kahwin nanti. Tak boleh nak bergantung pada laki je. So kalau kena tinggal nanti, at least kita ada back up harta kita sendiri. 

Opst..Ok dahhh laa. Mau sambung layan cite Rooftop Prince. Best laa! Walaupun nampak tak logik sikit tapi cite yang tak logik ni la best! Haha. Same like Secret Garden. Tak logik jugak kan tapi ramai jugak yang sangkut dengan cite tuuu. *Aku bercerita pada peminat drama korea..;p* Ok Assalamualaikum.. Daaa

Hope aku jumpa Prince aku camni nanti...Ok veeeeraangan nini! ;p

Saturday, 12 January 2013

Freedom!

Rasanya semua dak fashion batch aku sekarang sedang menikmati apa itu rasa FREEDOM!! Woott2...Alhamdulillah. Seronok rasa selepas bertungkus lumus siapkan keje untuk assesment. Now, masa untuk aku rest sepuas-puasnya! wooo.. Kalau dulu nak tidur kejap je pun rasa macam serba salah sangat sebab kerja banyak tak settle. Haihh sudahlah mengingat zaman-zaman stress tu. Ni la hasilnya utk subject design sem ni..


Hurm biasa-biasa je. Hadoii terserlah kesembapan mata aku


Board yang kena display on the assesment day
Alhamdulillah kerja aku siap semuanya sem ni. Thanks a lot to Aina banyak tulun kita. Terasa kelam kabut sangat nak setelkan semua keje ni bila dalam masa yang sama aku kena study jugak untuk paper lain. Memang study last minute la semua paper gamoknya. Now tinggal 1 paper je lagi. Wish me luck! Disebabkan sem ni kitorang kena jadik production utk final year degree fashion show, so stay la aku di Kolej Seroja yg indah ni sampai 27hb. Hey mai la fashion show tu nanti but aku tak sure kat mana. Next time i'll inform ya! Ok sudah..mau balik Muor esok. Tidurrr..zzzz. Assalamualaikum. ;)