Wednesday 28 November 2012

Ohh kaum Hawa

Ohh haiii. Hehe. Pssst psst aku nak share something ngan korang. Benda-benda yang perlu kita amek tahu sebelum kita TERsuka or TERsayang or TERcintaaa dengan some guys. Pfftt. Sakit hati tetiba sebab aku dah alami yang TER2 bagai tu. Tak boleh undur dah, just boleh elak je pasni. Uwwaaa....Ok ni pendapat aku je tau tau tauu. Biasa satu perhubungan tu start dengan pertemuan kan, something like tiba-tiba someone add kita kat fb, and then layan-layan chatting 2-3 hari. Tiba-tiba bagi nombor fon kat kita. Kita ni pon rasa macam alahaiii baiklah mamat ni, lain daripada yang lain. Biasa laki mintak nombor kita tapi dia bagi nombor dia pulak. Then rasa nak contact tak, nak contact tak?? Tiba satu masa kita rasa macam bosan takde keje kita pon start text dia. Bermulalah satu perhubungan............. Ok sebelum satu perhubungan tu start, please la please laaa. Tengok dulu dia camna perangai dia. Jangan sesuka hati je terpikat bodoh camtu

- First, selidik betul-betul mamat tu ada awek or tak. Serius kena selidik gila-gila punya. Jangan sampai bila hubungan tu dah separuh jalan, tiba-tiba! Someone pompuan serang kita tanya apa hubungan korang ngan laki nih. Bla bla bla bala bala bala jadiknya. Tak nice sungguh kecoh-kecoh nak gaduh pasal laki. Oh please...

- Then, masa keluar dengan laki tu perhati-perhati sikit dia ada silent fon tak. Something fishy wey kalau dia silent fon. Nampak fon berkelip-kelip tapi dia tak respon. Dah kenapa?!

- And lagiiiii! Bila nampak sangat dia tak beriya pon dengan korang, ada la time-time dia nampak beriya. Tu pon macam nak amek hati kita je kot. Tak ikhlas. Kalau ikhlas pon dengan pompuan lain pun dia beriya gitu. So what?!

-Lagiiiiiiiii. Bila satu masa tu korang ada confess perasaan korang kat dia, tak salah pompuan confess perasaan dia kat laki yang dia rasa the right man for her but...! Kalau laki tu tak respon, so forget him. Jangan tunggu. Maruah kita lebih berharga. Meluahkan perasaan tu pun dah rasa down maruah kita.

-Next, kalau tiba-tiba dia bagitau kita ex dia dah bertunang or dah berkahwin, then kita tanya 'awak kecewa?' dia pon cakap, 'kecewa..' janganlah stick dengan laki macam tu. Dia sangat tak pandai jaga perasaan kita. Padahal dia dah tahu perasaan kita kat dia. Why why?! uwaaa

- Last but not least, bila dia tak datang hari terpenting untuk kita and then buat alasan yang tak masuk akal. Padahal kita dah inform mende tu awal-awal dah. So, pleaseeee! Leave him. He is not for you. Someone is better than him. In shaa Allah.

Semua berlaku ada hikmah. Cuma kita belum nampak apa tersiratnya sesuatu tu berlaku. Inshaa Allah pengalaman tu jugak yang akan mengajar kita erti sebuah perhubungan. Appreciate who are want to be with you. Jangan sampai bila dia dah pergi baru kita nak kecewa. Sampai bila? Hey lelaki! Kalau tak suka jangan bagi harapan. Perempuan senang berharap dan susah melupakan. So sad. Bye. As salam.


Tuesday 27 November 2012

Graduation Day

Alhamdulillah akhirnya aku dah sah tamat Diploma. Segala pahit manis zaman diploma tinggal jadik kenangan je sekarang.

Thanks mak abah support akak selama ni. Akak sayang mak  abah sesangat!

Wanna thanks to my closest sis, Yanti. Thanks jadik tempat tadah  telinga segala luahan perasaan akak. 

To pokcu, terima kasih datang konvo kita and selalu sponsor topap kita. Jasamu dikenang! hehehe

Yuyin, alolo cayang adik bongsu kak nini ni cecangat. Kasi cium kat pipi sikit..muah! hehe..Kesian dia time konvo ni la kasut nak putus.


I love them! Susah nak carik member 1 kepala macam diorang ni lagi. Dah paham perangai masing2. Hehehe

Classmate..muka semua tengah gelakkan pakcik kat depan nih. Time nak snap tu la dia tetiba muncul depan kamera. Spoiled...hahaha


My only bro takde time konvo aku nih. Tak dapat nak datang sebab kena study untuk SPM. Hope dia buat betul-betul untuk SPM nih. Hurm konvo ni aku rasa tak berapa seronok sangat sebab tak dapat kumpulkan semua kawan-kawan aku time kat Shahputra dulu nak amek gambar sesama. So sad. Angan aku nak baling-baling topi konvo tu pun tak kesampaian. Walaupun nampak luaran aku happy, Tuhan je tahu apa perasaan dalam hati aku. Try to be orang paling happy time konvo nih but habis je konvo, sampai kat bilik perasaan sebak tu datang. Jangan tanya kenapa la kan. Kecewa yang teramat orang yang ditunggu tak datang. Try paham actually tapi alasan yang tak berapa nak boleh diterima tu buat aku sedar sapa aku sebenarnya. Aku cakap pasal apa nih? Hahaha. Takde mende la. Aku HAPPY! Hope aku kuat untuk meneruskan perjuangan ku yang seterusnya nih. Doakan kita ekk ;)



Friday 23 November 2012

Pra Konvo

Hihuukk hihuukk..heee haiii! Ok alhamdulillah minggu ni aku free sikit. Test yang kupikirin minggu ni semua di postpone ke minggu depan. Aiyooo. So, minggu depan aku busy la wey! Dua subjek ada test, CTU dengan PSY. Harap aku kuat minggu depan dengan minuman Redbull! Walawey... Ala minum Redbull sekali sekala untuk stay up takpe kan? nak minum Nescafe tekak tak lalu pulak. Kompom muntah balik. 


Dan dan dan....Ahad ni aku konvo!! woooot woooot! Tepuk tangan sikit. Haha. Aku dah berangan dah nak baling-baling topi konvo tu (apa nama dia ek?;p) . Bergambar sakan dengan member-member. Woo please jadik kenangan terindah time tu. Walaupun dah pernah rasa pengalaman pra-konvo masa dekat Kolej Shahputra dulu, harap pengalaman konvo yang ni lagi best! heee. Dan harap orang yang aku sayang semua datang time tu, walaupun adik aku yang laki tu tak dapat datang sebab Isnin dia ada paper SPM. Takpelah janji parents aku ada. My tulang belakang tu uols! hehe..Meh nak tunjuk sikit moment-moment terindah time pra-konvo dulu..:)
Mak aku suka tengok gambo ni. Macam peguam katanya! hahaha..Macam jela mak..




Classmate masa diploma dulu. Rindu zaman tu..:(


ok dah sampai rumah sewa pun still bergambo..hee~



Time pra-konvo ni yang tak best nya kitorang tak dapat topi. Yela nama pon menumpang kan. Hehehe. So tak rasa lah nak baling-baling topi. In Shaa Allah Ahad ni okay! Hoyehh. Opst ok aku jugak nak wish congrate to Muar or Muooo sebab dapat title Bandar Diraja dah. Sempena hari keputeraan dan Hari Pertabalan Sultan Johor. Daulat Tuanku. :) Sebagai orang Muar aku berasa bangga Sultan Johor pilih Muar untuk celebrate birthday dia. Nak tengok kereta berhias and bot berhias tapi aku kena attend konvo. So sad. Ok get ready nak keluar beli heels for konvo. Ok babaii. Assalamualaikum.

Friday 9 November 2012

Minggu Stress!

Fuuuhhhh. Rasa macam dah lama aku tak guling-guling atas katil gini ngadap lappy. Heavennya rasa!! Mana tak nya, assignment yang menimbun buat aku rasa serba salah kalau bukak twitter tu, even blog pon. Rasa macam....hoiii assignment wey! Tough gila minggu ni....and maybe minggu-minggu akan datang lagi busy nak giler sebab aku dah start mau buat baju.....wooot2! Design aku dah proceed. Alhamdulillah. Tinggal nak proceed color je. Tapi cita-cita aku malam ni takkan sentuh kerja. hehehehe... Kena lah rest jugak kan. Gugur rambut selai-selai wey kalau asyik ngadap assignment je. Ok dah bye! Tamo bazir masa kat sini. Mau ngadap Winter Sonata pulak. Lepas gian dah lama tak tengok cerita korea. hihihi.. hek elehh Nini! Baru nak layan ke cite Winter Sonata tu? eh a'ah laa! dulu zaman sekolah aku fokus study, tak pernah layan. Konon! Haha..

rindu si pemberi shawl ni..:(
#Pernah sekali rasa mau give up...tapi aku kena kuatkan diri jugak. Demi masa depan. Ingat senang sambung degree?! Takpe bersusah-susah dahulu... :)