Wednesday 28 November 2012

Ohh kaum Hawa

Ohh haiii. Hehe. Pssst psst aku nak share something ngan korang. Benda-benda yang perlu kita amek tahu sebelum kita TERsuka or TERsayang or TERcintaaa dengan some guys. Pfftt. Sakit hati tetiba sebab aku dah alami yang TER2 bagai tu. Tak boleh undur dah, just boleh elak je pasni. Uwwaaa....Ok ni pendapat aku je tau tau tauu. Biasa satu perhubungan tu start dengan pertemuan kan, something like tiba-tiba someone add kita kat fb, and then layan-layan chatting 2-3 hari. Tiba-tiba bagi nombor fon kat kita. Kita ni pon rasa macam alahaiii baiklah mamat ni, lain daripada yang lain. Biasa laki mintak nombor kita tapi dia bagi nombor dia pulak. Then rasa nak contact tak, nak contact tak?? Tiba satu masa kita rasa macam bosan takde keje kita pon start text dia. Bermulalah satu perhubungan............. Ok sebelum satu perhubungan tu start, please la please laaa. Tengok dulu dia camna perangai dia. Jangan sesuka hati je terpikat bodoh camtu

- First, selidik betul-betul mamat tu ada awek or tak. Serius kena selidik gila-gila punya. Jangan sampai bila hubungan tu dah separuh jalan, tiba-tiba! Someone pompuan serang kita tanya apa hubungan korang ngan laki nih. Bla bla bla bala bala bala jadiknya. Tak nice sungguh kecoh-kecoh nak gaduh pasal laki. Oh please...

- Then, masa keluar dengan laki tu perhati-perhati sikit dia ada silent fon tak. Something fishy wey kalau dia silent fon. Nampak fon berkelip-kelip tapi dia tak respon. Dah kenapa?!

- And lagiiiii! Bila nampak sangat dia tak beriya pon dengan korang, ada la time-time dia nampak beriya. Tu pon macam nak amek hati kita je kot. Tak ikhlas. Kalau ikhlas pon dengan pompuan lain pun dia beriya gitu. So what?!

-Lagiiiiiiiii. Bila satu masa tu korang ada confess perasaan korang kat dia, tak salah pompuan confess perasaan dia kat laki yang dia rasa the right man for her but...! Kalau laki tu tak respon, so forget him. Jangan tunggu. Maruah kita lebih berharga. Meluahkan perasaan tu pun dah rasa down maruah kita.

-Next, kalau tiba-tiba dia bagitau kita ex dia dah bertunang or dah berkahwin, then kita tanya 'awak kecewa?' dia pon cakap, 'kecewa..' janganlah stick dengan laki macam tu. Dia sangat tak pandai jaga perasaan kita. Padahal dia dah tahu perasaan kita kat dia. Why why?! uwaaa

- Last but not least, bila dia tak datang hari terpenting untuk kita and then buat alasan yang tak masuk akal. Padahal kita dah inform mende tu awal-awal dah. So, pleaseeee! Leave him. He is not for you. Someone is better than him. In shaa Allah.

Semua berlaku ada hikmah. Cuma kita belum nampak apa tersiratnya sesuatu tu berlaku. Inshaa Allah pengalaman tu jugak yang akan mengajar kita erti sebuah perhubungan. Appreciate who are want to be with you. Jangan sampai bila dia dah pergi baru kita nak kecewa. Sampai bila? Hey lelaki! Kalau tak suka jangan bagi harapan. Perempuan senang berharap dan susah melupakan. So sad. Bye. As salam.


Tuesday 27 November 2012

Graduation Day

Alhamdulillah akhirnya aku dah sah tamat Diploma. Segala pahit manis zaman diploma tinggal jadik kenangan je sekarang.

Thanks mak abah support akak selama ni. Akak sayang mak  abah sesangat!

Wanna thanks to my closest sis, Yanti. Thanks jadik tempat tadah  telinga segala luahan perasaan akak. 

To pokcu, terima kasih datang konvo kita and selalu sponsor topap kita. Jasamu dikenang! hehehe

Yuyin, alolo cayang adik bongsu kak nini ni cecangat. Kasi cium kat pipi sikit..muah! hehe..Kesian dia time konvo ni la kasut nak putus.


I love them! Susah nak carik member 1 kepala macam diorang ni lagi. Dah paham perangai masing2. Hehehe

Classmate..muka semua tengah gelakkan pakcik kat depan nih. Time nak snap tu la dia tetiba muncul depan kamera. Spoiled...hahaha


My only bro takde time konvo aku nih. Tak dapat nak datang sebab kena study untuk SPM. Hope dia buat betul-betul untuk SPM nih. Hurm konvo ni aku rasa tak berapa seronok sangat sebab tak dapat kumpulkan semua kawan-kawan aku time kat Shahputra dulu nak amek gambar sesama. So sad. Angan aku nak baling-baling topi konvo tu pun tak kesampaian. Walaupun nampak luaran aku happy, Tuhan je tahu apa perasaan dalam hati aku. Try to be orang paling happy time konvo nih but habis je konvo, sampai kat bilik perasaan sebak tu datang. Jangan tanya kenapa la kan. Kecewa yang teramat orang yang ditunggu tak datang. Try paham actually tapi alasan yang tak berapa nak boleh diterima tu buat aku sedar sapa aku sebenarnya. Aku cakap pasal apa nih? Hahaha. Takde mende la. Aku HAPPY! Hope aku kuat untuk meneruskan perjuangan ku yang seterusnya nih. Doakan kita ekk ;)



Friday 23 November 2012

Pra Konvo

Hihuukk hihuukk..heee haiii! Ok alhamdulillah minggu ni aku free sikit. Test yang kupikirin minggu ni semua di postpone ke minggu depan. Aiyooo. So, minggu depan aku busy la wey! Dua subjek ada test, CTU dengan PSY. Harap aku kuat minggu depan dengan minuman Redbull! Walawey... Ala minum Redbull sekali sekala untuk stay up takpe kan? nak minum Nescafe tekak tak lalu pulak. Kompom muntah balik. 


Dan dan dan....Ahad ni aku konvo!! woooot woooot! Tepuk tangan sikit. Haha. Aku dah berangan dah nak baling-baling topi konvo tu (apa nama dia ek?;p) . Bergambar sakan dengan member-member. Woo please jadik kenangan terindah time tu. Walaupun dah pernah rasa pengalaman pra-konvo masa dekat Kolej Shahputra dulu, harap pengalaman konvo yang ni lagi best! heee. Dan harap orang yang aku sayang semua datang time tu, walaupun adik aku yang laki tu tak dapat datang sebab Isnin dia ada paper SPM. Takpelah janji parents aku ada. My tulang belakang tu uols! hehe..Meh nak tunjuk sikit moment-moment terindah time pra-konvo dulu..:)
Mak aku suka tengok gambo ni. Macam peguam katanya! hahaha..Macam jela mak..




Classmate masa diploma dulu. Rindu zaman tu..:(


ok dah sampai rumah sewa pun still bergambo..hee~



Time pra-konvo ni yang tak best nya kitorang tak dapat topi. Yela nama pon menumpang kan. Hehehe. So tak rasa lah nak baling-baling topi. In Shaa Allah Ahad ni okay! Hoyehh. Opst ok aku jugak nak wish congrate to Muar or Muooo sebab dapat title Bandar Diraja dah. Sempena hari keputeraan dan Hari Pertabalan Sultan Johor. Daulat Tuanku. :) Sebagai orang Muar aku berasa bangga Sultan Johor pilih Muar untuk celebrate birthday dia. Nak tengok kereta berhias and bot berhias tapi aku kena attend konvo. So sad. Ok get ready nak keluar beli heels for konvo. Ok babaii. Assalamualaikum.

Friday 9 November 2012

Minggu Stress!

Fuuuhhhh. Rasa macam dah lama aku tak guling-guling atas katil gini ngadap lappy. Heavennya rasa!! Mana tak nya, assignment yang menimbun buat aku rasa serba salah kalau bukak twitter tu, even blog pon. Rasa macam....hoiii assignment wey! Tough gila minggu ni....and maybe minggu-minggu akan datang lagi busy nak giler sebab aku dah start mau buat baju.....wooot2! Design aku dah proceed. Alhamdulillah. Tinggal nak proceed color je. Tapi cita-cita aku malam ni takkan sentuh kerja. hehehehe... Kena lah rest jugak kan. Gugur rambut selai-selai wey kalau asyik ngadap assignment je. Ok dah bye! Tamo bazir masa kat sini. Mau ngadap Winter Sonata pulak. Lepas gian dah lama tak tengok cerita korea. hihihi.. hek elehh Nini! Baru nak layan ke cite Winter Sonata tu? eh a'ah laa! dulu zaman sekolah aku fokus study, tak pernah layan. Konon! Haha..

rindu si pemberi shawl ni..:(
#Pernah sekali rasa mau give up...tapi aku kena kuatkan diri jugak. Demi masa depan. Ingat senang sambung degree?! Takpe bersusah-susah dahulu... :)

Saturday 6 October 2012

Unexpected..


Hai haiii...pernah tak rasa kadang-kadang apa yang kita plan selalu tak jadi, yang kita tak plan tu la tiba-tiba jadi kenangan manis untuk kita. Haaa! ni kes kitorang tadi la. Plannya nak pergi ICT dengan roommate, tapi tiba-tiba pergi dengan member-member lama pulak. Lama tak lama sangat la. Member time Dip dulu..heee~ Seronok hang out dengan diorang tadi. Masing-masing excited nak pergi situ. Nak kata tak pernah pergi, tak jugak. Pernah pergi dah dulu aku dengan family tapi maybe perasaan pergi dengan member tu lain kot. Haha..
kami!
love them so much..


Ehem2..thanks kat abam yang tulun snap kan pic kami nih..hehe



seronok muka masing2 dapat main mende nih..back to the childhood..;p


bersyukur dapat kawan-kawan macam mereka. Love u guys! Muah2..:)

# happy birthday pakcik.. sy doakan pakcik selalu

Sunday 30 September 2012

research research research!!


ok assignmen aku dah semakin membukit bukit dan bukittt..semua kena buat research research dan researchhh..seronok!! haha..seronok la sangat!
firstly utk subjek design, subject matter aku dah proceed! woot2...Hybrid Train.. and maybe aku fokus yang kat Japan punya..setelah bertanya ramai orang dan mereka juga sudah mempersetujuinya dan dengan itu tahap konfiden aku semakin meningkat mau buat yang ini..hehehe..


untuk subjek minor pulak aku kena buat research bout kuda kepang..quite interesting jugak..in group and aku kena interview anyone yang tahu about this topic..then, yang subjek lain-lain tu just kena ngadap lappy je..research internet then pergi library sikit-sikit kot utk references..
dan apakah perasaan aku????









hoyeeaahh beginii! how come i can handle these assignmen?! Insyaallah boleh..:)


#berharap aku kuat menempuhi dugaan degree ni....

Friday 14 September 2012

Setelah Bergelar

Cukup seminggu dah aku kat Shah Alam ni dengan gelaran student Art&Design(Fashion)..macam mana rasa jadi student sini? semestinya different sangat dengan rasa jadi student kolej dulu..yela, kat kuantan tu masa mula-mula dulu aku dok naik bas pegi kolej and then bas tu berhenti betul-betul depan studio aku..so takdela nak menapak jauh-jauh kan..kat sini? berapa banyak bukit daaa..nak pergi fakulti takde bas disediakan sebab fakulti tu agak dekat dengan hostel aku..so bas agak demand tak mau naik bukit ke fakulti aku tu..dan nak tak nak aku terpaksa la mendaki bukit itu ke kelas..exercise sangat!

Ok disebabkan aku ni sambung course yang sama, so aku terus diserapkan ke sem 3..not bad la subject yang ada kat sini..aku ada subject foto sem ni..macam tak sabar pulak nak belajar subject tu sebab aku memang dah lama teringin belajar mende-mende gini..selalu tengok orang snap picture cantik-cantik..teringin gak nak snap sendiri..heee..then minor aku amek subject liberal je..tak sanggup rasanya nak keluar duit amek subject yang praktikal..so takpela amek subject yg membaca je ni..at least tambah pengetahuan jugak kan? third language pulak aku amek French..teringin speaking french atenye..haha..

Hostel aku pun ok-ok la..dapat 1 bilik dengan budak-budak UiTM lain..diorang best! setakat ni laa..yang paling riuh dalam bilik ni Aina namanya..kalau ada dia memang asyik gelak jela aku..orangnya pun suka gelak..kita geng babe! haha..ok la malas da nulis..tengok gambar pulak k?:)

kawan sekelas sekolejku..


lepakin with my old clasmate at UCSA..tak macam meriah pulak kitorang..rasa macam jumpa member 1 kampung..haha

my room..:)

tempat aku bersengkang mata nanti..huuu~
ok thats all..babababaababababababaiiiii..as salam....:)

#sedih memikirkan duitduitduitduitduitduitduitduiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttt

Tuesday 4 September 2012

Last Minute Preparation


'Haaaa...tu la orang semua dok sibuk setel kan keje awal-awal, ang wat tak tau ja..sekarang rasakan makna kelam-kabut!'...ok tu dialog utk diri aku sendiri..haha..yela mana tak nya, aku ingat sempat la nak setel preparation nak masuk U tu lepas raya..rupanya!! kelam kabut jugak la..siap veeeerangan nak buatkan baju orang kunun..takde maknanya..just sempat jahitkan dua helai kain je..bajunya diserahkan pada mak aku..nasib baik mak aku pandai jahit jugak..boleh la tulun cover kan..hoho

Mende yang tak setel lagi untuk U ni just medical check up and packing-packing barang kot..dah kenapa nak packing awal-awal? jeles tengok dayang dah siap packing..uwaaa dayang! kamu memang terhebat dalam segala hal! tak dapat den nak lawan..uhuuhuhu..tu pun medical check up nasib baiklah dapat buat appointment dengan doct 5hb nii..kalau tak memang menggigil la aku pergi U 8hb nanti bendanya tak complete..time ni lah baru nak pergi betulkan spect segala..kena marah dengan orang kat hosptital tu(tak tahu apa pangkat dia) hari tu sebab tak pakai spect..heee..rimas lah pakai mende alah tuu..dah alang-alang betulkan tu kan..aku pun mulalah verangan depan kamera.....

aku guna spect ni since 2007...5 tahun da usia spect ni..mintak tukar tak dapat! huuuu
sudahlah! hehe..mau tidur awal..esok kena teman mak i beli kain la u....tak cukup atenye..babai..salam:)

Sunday 5 August 2012

Comot...



comot cayang...:'(


Baru berapa jam dia pergi aku dah rindukan dia! Ya Allah sedihnya aku rasa.. Aku tak pernah sesedih ni kalau haiwan yang family aku bela mati.. Tapi yang ni...Urm sedih sangat.. Maybe sebab dia stay dalam bilik aku.. And setiap kali dia mengiau mintak makan aku yang layan.. Sampai mak aku cakap dia dah macam anak aku.. Tapi petang tadi, tiba-tiba dia kejung.. Pelik jugak aku dia tak mintak makan pon siang tadi.. Last dia makan masa sahur tadi.. Then siang tu dia senyap je.. Aku ingat dia lena sangat tidur.. Aku pon taknak la kejut..Petang tu aku kejut nk bagi makan, then tengok dia tiba2 dah lembik semacam..urghh sedihnya bila ingat balik!!! Menyesal aku tak kejot dia awal-awal..comot....:((


# abah cakap 'abah pon terasa kehilangannya, akak yang jaga apetah lagi'..aku senyum je depan abah...masuk bilik nk solat maghrib terus meraung aku..sedih kot!! uwaaa

Monday 23 July 2012

alhamdulillah...

yer alhamdulillah dan bersyukur  sebab kita masih jumpa ramadhan lagi..ee skemanya ayat..aku pulak yang gelak sendiri tulis ayat camtu..haha..ok agak pelik tiba2 aku update blog ni..ekceli skrg aku tgh bosan sambil  menunggu solat subuh..hee..baru lepas sahur ni, then kalau tidur balik kang confirm payah bangun balik..alang2 terajin ni, hurmm aku just nak share yang aku dapat further study! weehooo..haha..course Fashion at Uitm Shah Alam...alhamdulillah..berharap dunia degree aku nanti sama best mcm dunia diploma..but just aku and dayang je yg dapat..:(
yes.. ni kami..hee
yang lain, shima dapat continue gak tapi course grafik..so tak bape nak geng laa..hehe..diba pulak mau bukak bisnes katanya. hope bisnes dia berjaya. amin... eh subuh dah! alhamdulillah..sampai sini jela rajinnya nak taip..bertemu di kerajinan yang akan datang..hihihi

Tuesday 8 May 2012

kerajinan ketiba-tibaan

hahaha..dah kenapa tajuk camtu? sambungan post yg lepas yg dah berkurun tu..haha..aku ade cakap nak tulis blog kalau rajin kan? haaaaa..baru skrg mai rajinnyaa..awat teruk nau kamu ni nini? haha..ok firstly, life aku sgt la boring sekarang..terjeruk kat rumah jek..tapi ada kebaikannya jugak tau..nak tahu kenapa? aku dah mula belajar gaya hidup seorang suri rumah tangga! haha..dah rajin tolong mak masak..pagi-pagi bangun tolong mak kemas rumah, mop lantai...alololo..bakal menantu sapo la ni! muehehhe..and aku takde la duduk rumah saja-saja..ada la jugak amek tempahan baju dari sedara-mara..dah nak dekat raya ni lagi ramai sedara-mara aku yang dok menebeng mintak tulun buatkan baju..siap nak yg pesen-pesen lagi! mak aiiihhh..kalah designer aihh..haha..tapi ni jela xtvt aku kat rumah..kalau nak hang out pun dengan family jek..member-member kat sini still study lagii...uwwwaaa..sobsob..bila dok kat rumah ni mulalah asyik rindu merindu kat member-member aku kat kolej dulu..oh diba, shima and nash..i miss uolz demm much!:'(
kita happy sama-sama, menangis sama-sama, meraung sama-sama....sayang korang sesangat! muah2..;)

Thursday 15 March 2012

first time!!!

yeah this is my first time menaip utk blog...huhuhu..tak de ape yg aku nk cite kot..ok utk the first post ni i want introduce myself first...name aku NINI..baru habis study in fashion design..and now aku still tercongok kt kuantan lagi untuk diploma show aku..excited ni baju naik stage nanti!! hohoho..nak tengok muke excited aku? nah!!
yeke camtu muke aku excited?? entah...haha! ok tungguuu for the next post! (kalau rajin..lalala)